Saturday, 23 February 2013

AWAL MULA PERTAMA MULA...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

اللهُمَّ بارِك لَنا في رمضَان...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Awal mula pertama mula, alhamdulillah, ini adalah permulaan bagiku menukilankan sebuah blog,,, Aku pOm tak tahu kenapa terdetik hati untuk men"create" blogku pada tarikh ini -1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011-. exceli dah lame nak buat blog, namun , maybe x bErkesempatAn kOt... tapi alhamdulillah petang awal ramadhan aku dapat gak wat 1 blog yg x setanding dgn blog2 yg power n jauh lebih advance dari aku....  maklUmla, eArlY bird ^_^.. maybe ade yang tertanya-tanya knapa nama blog aku "When Comes The Great Power". Aku dpt fikir nama blog aku pom ilham daripada citer Spider-Man, yang mana atuk hero citer tersebut pernah cakap kat hero tu.. "When comes The Great Power, Comes The Great RespOnsibility".....yes, ape yang si atuk hero tu cakap, tidak dapat dinafikan. Jika kita mempunyai keistimewaan tersendiri, ianya tidak diberi secara free  bahkan ade hikmah dan amanah tertentu. Kalu tersalah guna, buruklah padahnya. Maybe, itu citer orang barat, tapi, dari perspektif Islam, kata-katA tersebut cukup releven dan sesuai bagi orang yang ade kuasa, , , x kire lah pangkat ke, kuasa superhero ke, pape ke, tetap perlu menjalankan amanat mereka dengan baik, adil, saksama dan tidak menyalahgunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. "Awal Mula Pertama Mula" kata ini aku petik dari pembuka kalam Angkatan Tentera Malaysia (kalau salah gtaw yer). aku suka sangat gunakan ayat ni bila aku berucap. maklumlah,, aku ni giler nak masuk tentera,, tapi fikiran ni x tahu nk pilih bidang mane,,,, aku ade terlalu bnyk peluang pendidikan n kerjaya sAmpaikan x tahu nak pilih yang mana satu..... papehal, aku serahkan pada yang Esa.
akhir kata, aku harap dengan wujudnya blog aku ni, dapat aku kongsikan sedikit sebanyak hal2 semasa dan bukan semasa. even from the general perspectives or religion (Islam) perspectives.. kpada yang dah expert dalam blogger, saya mohon tunjuk ajar daripada anda semua untuk mmberi pape suggestion (sebenarnye aku x tahu lagi ape fungsi blog) hehehehe.... take care all. :D

Cinta Pandang Pertama?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku bakal mengisahkan bagaimana aku boleh terpikat dengan superbike ni. tapi sebelum tu, aku sebenarnya tak berapa faham fungsi blog sebenarnya. ada orang cakap untuk sharing, untuk iklan, dan sebagainya. dan aku? hahahah,,, aku nak buat semua dalam 1, agaknya boleh tak? heheheheh


Zaman sekolah menengah merupakan kenangan bagi semua orang yang telah melangkah ke universiti, mahupun yang telah bekerja. Ada jugak yang tak dapat bersekolah disebabkan masalah kewangan. Namun rezeki Allah itu sentiasa ada untuk hamba-Nya, bersekolah atau tidak, bekerja atau tidak, semua ada rezeki sendiri yang dah tersurat dan tersirat dari Ilahi. Ok, apa kaitan semua ini dengan cerita aku ni? Hahaha, sebenarnya aku ni hanyalah berlatar belakangkan keluarga biasa dan sederhana. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk bersekolah seperti yang lain, berjaya ke sekolah menengah yg terkenal di negeri Kelantan, Maahad Muhammadi lelaki. Alhamdulillah berkat kesungguhan ibu bapa memperjuangkan pendidikan aku, sekarang aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Semasa sekolah menengah, sesetengah dari kawan-kawan aku walaupun baru tingkatan 2, dah pun ada motor sendiri. Waktu tu aku tringin juga nak memiliki sebuah motor Honda EX-5 brnombor DBH 1992 bila aku dah masuk tingkatan 4. (punya lah plan angan-angan tu) Biasalah, remaja Malaysia agak terkenal dengan budaya merempit di kalangan sekolah menengah kan? Waktu ni lah first time aku belajar tunggang motorsikal. Dah la naik tanpa lesen, topi keledar tak pakai, dah tu masuk jalan besar lagi (tahu kat umi aku nanti, mati aku hahaha) Macam tu lah permulaan aku mengenali motor, bersama mat-mat rempit sekolah aku. Namun sejarah merempit aku agak lain dari yang lain. Mana tak lain nya, tengah syok-syok race, tiba-tiba dengar azan, break motor, terus pergi solat! hahahahahah. Only available in my school. Sekadar sebuah coretan kenangan. Sebagai seorang remaja biasa, aku juga mempunyai perasaan yang sama dengan remaja-remaja yang lain, ingin bersukaria, ingin bebas dan berbagai-bagai lagi. Oleh kerana member aku kebanyakannya dari kalangan mat rempit berjaya, jadi banyak perkara lah aku belajar dari mereka tentang motor ni.

Pada tahun 2007, motor Yamaha 135 LC keluaran pertama mula dijual di pasaran. Waktu tu, motor yang paling laju dan langsung tak boleh dipotong adalah antaranya Yamaha 125zr, Yamaha Rx-Z lama dan Catalyzer (baru). Tapi bila keluarnya model LC, ternyata ianya amat memberi pengaruh yang sangat besar buat para remaja. Rupanya sangat bergaya, keluar dengan 2 versi, transmisi manual biasa, dengan transmisi manual dengan clutch. Teringat lagi waktu first time aku try yang member punya, aku pecut pada kelajuan 150kmj waktu jalan tengah sibuk, orang tengah keluar rehat tengah hari lah katakan. Yang tu belum best lagi. Lagi best, Bila aku naik dgn sahabat karib aku, di jalan yang lurus dan lengang, pada kelajuan 180kmj! Hahaha memang kerja gila! Tapi tak berapa baik untuk kesihatan ya. Kalau nak naik laju, kene profesional, at least, advance dalam ilmu permotoran, baru boleh. Waktu aku tingkatan 3 ni lah aku jatuh hati kat 135LC. Tapi cinta ku kepada LC tidak lama. Seakan2 ada perubahan dalam diri aku tentang citarasa terhadap motor ni.

(Bersambung)

9/6/2013

LC boleh dikatakan brkuasa tinggi,,, tapi masuk je tingkatan 5, aku mula usya superbike. Tak tahu lah kenapa boleh jatuh hati dengan superbike... Mungkin kerana tak nak digelar dengan gelaran "rempit murahan" kot?! Hahaha. Ternyata aku masih lagi memburu "cinta abadi" aku.... Pada tahun tersebut (2009) pembuatan Yamaha Rx-Z telah pun dihentikan, dan digantikan dengan Yamaha Fz 150 i, naked, mmbuatkan penampilan motor tersebut tampak garang dan gagah. Berkapasitikan enjin 149cc displacement, menjadikan motor tersebut motor pertama naked ber"cc" rendah. rendah ape ke benda nya, dah kalau cc tu 150, memang seronok la dapat "peluk bini" cam ni... hahaha

(Bersambung)

Wednesday, 9 January 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) sebenarnya aku dah lama nk buat blog ni,, tp pasal x pandai,, blajar lah dulu.. ada bnyk sbb sebenarnya aku buat blog ni,,,, tapi, awal mula pertama mula, aku akan ceritakan apa kaitan motor superbike ngan aku ni... hhuhuhhuhu nantikan ye ^_^ bye!